Saya orang miskin, lahir dan dibesarkan dengan hidup yang sederhana. Hidup susah tu taklah terlalu susah, untung ada tempat tinggal untuk kami sekeluarga membesar meskipun rumah itu bukanlah milik kami. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun kami bukanlah orang kaya. Cita cita jadi orang kaya, telah lama saya tetapkan dalam hati saya. Saya nak jadi orang kaya untuk bantu keluarga saya.
Meskipun saya masih belum kaya pada hari ni, saya tetap bersyukur kerana saya masih lagi bernafas dan mengingati Allah sepanjang masa. Apalah perasaan menjadi kaya? Tidak cukupkah dengan kekayaan yang mereka miliki? Meskipun sudah terlalu kaya, mereka ingin menjadi kaya lagi dan terlalu kaya lagi, sehinggakan sanggup menindas orang lain.
Yang peliknya, kekayaan mereka, tidak dikongsikan dengan orang lagi memerlukan. Saya sangat sedih bila melihat orang kaya yang bersenang lenang di muka bumi ini. Buka kerana saya cemburu, tapi saya sedih melihat mereka tidak menggunakan kelebihan yang diberikan oleh Allah untuk berbuat baik dan berbuat banyak pahala dengan menolong orang orang yang miskin.
Saya sedih melihat wang yang mereka belanjakan digunakan untuk berbuat dosa dan bukannya pahala. Memang begitukah sifat orang kaya? Ya Allah, jika aku kaya satu hari nanti, kuatkan imanku dari godaan syaitan yang direjam. Berikan lah aku petunjuk mu setiap masa agar aku tidak tersasar dari jalanmu atas kekayaan yang aku miliki.
Saya bukannya bercakap besar, tapi saya da tetapkan dalam diri, kalau saya kaya satu hari nanti, orang tua, keluarga, dan orang orang yang miskin akan saya bantu, biarpun sedikit. Harapan untuk menjadi kaya adalah cita cita semua manusia. Allah jadikan bumi ini sebagai ujian buat kita, wang dan harta benda adalah cabaran yang besar untuk kita, samaada kita beriman atau kita tergelincir dengan kekayaan yang kita miliki, itu terpulang kepada kita.
Saya berharap agar orang orang kaya yang ada di muka bumi ni, bukalah mata anda. Bumi bukanlah tempat untuk bersenang lenang, tapi akhirat yang pasti. Dekatkan diri dengan Allah. Jangan sampai terjatuh dengan godaan syaitan. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan saudara saudara seislamku, hambamu yang sejati, dan tidak akan berbuat dosa lagi. Jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bertaubat, dan selalu mengingati mu. Amin ya rabbal alamin.